AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 [Akta 172]

KAEDAH-KAEDAH CAJ PEMAJUAN


SUSUNAN KAEDAH-KAEDAH


Kaedah


1. Tajuk, pemakaian dan permulaan kuat kuasa

2. Tafsiran

3. Caj pemajuan

4. Penentuan caj pemajuan

5. Pengecualian caj pemajuan

6. Pemberian kebenaran merancang

7. Pembayaran caj pemajuan


AKTA PERANCANGAN BANDAR DAN DESA 1976 (AKTA 172)

KAEDAH-KAEDAH CAJ PEMAJUAN


PADA menjalankan kuasa-kuasa yang diberi oleh seksyen 35 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 [Akta 172], Pihak Berkuasa Negeri ................................. membuat kaedah-kaedah yang berikut:


Tajuk, pemakaian dan permulaan kuat kuasa


1. (1) Kaedah-Kaedah ini bolehlah dinamakan Kaedah-Kaedah Caj Pemajuan.........................

(2) Kaedah-Kaedah ini hendaklah terpakai di semua kawasan pihak berkuasa perancang tempatan dalam Negeri ......................................

(3) Kaedah-Kaedah ini hendaklah berkuat kuasa mulai dari tarikh ianya disiarkan dalam Warta Negeri.


Tafsiran


2. Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—


“caj pemajuan” ertinya caj yang dilevi seperti mana yang diperuntukkan di bawah seksyen 32 Akta 172; dan

“ketumpatan” ertinya kepadatan atau densiti pembangunan seperti mana yang ditetapkan oleh rancangan tempatan.


Caj pemajuan


3. (1) Caj pemajuan boleh dikenakan oleh pihak berkuasa perancang tempatan ke atas mana-mana permohonan pemajuan yang tertakluk di bawah subseksyen 32(1) Akta 172.

(2) Bagi pelaksanaan subkaedah (1), pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah memastikan suatu rancangan tempatan bagi kawasannya telah diwartakan dan mengandungi maklumat cadangan penggunaan tanah, ketumpatan atau nisbah plot.


Penentuan caj pemajuan


4. (1) Dalam menentukan amaun caj pemajuan yang hendaklah dibayar, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah merujuk kadar yang ditetapkan di dalam Jadual Pertama.

(2) Pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah menetapkan amaun caj pemajuan dan memaklumkan kepada pemohon melalui penyampaian suatu notis caj pemajuan seperti Borang A Jadual Kedua.


Pengecualian caj pemajuan


5. Di bawah subseksyen 32(3) Akta 172, Pihak Berkuasa Negeri boleh mengecualikan caj pemajuan bagi pemajuan ....................................................... Pemberian kebenaran merancang


6. Menurut perenggan 22(4)(b) Akta 172, pihak berkuasa perancang tempatan tidak boleh memberi kebenaran merancang sebelum caj pemajuan dibayar atau sebelum mendapat kebenaran pihak berkuasa perancang tempatan untuk membayar caj pemajuan secara ansuran.


Pembayaran caj pemajuan


7. (1) Pemohon hendaklah membayar caj pemajuan secara sekali gus atau memohon kepada pihak berkuasa perancang tempatan untuk pembayaran secara ansuran melalui Borang B Jadual Kedua.


(2) Suatu permohonan untuk membayar caj pemajuan secara ansuran hendaklah dikemukakan kepada pihak berkuasa perancang tempatan sebelum tempoh pembayaran yang ditetapkan dalam notis caj pemajuan luput.


(3) Setelah menimbang permohonan secara ansuran, pihak berkuasa perancang tempatan hendaklah mengeluarkan suatu pemakluman kebenaran membayar caj pemajuan secara ansuran berserta bunga seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 34(1) Akta 172 melalui Borang C Jadual Kedua, atau penolakan membayar caj pemajuan secara

ansuran melalui Borang D Jadual Kedua.


(4) Sekiranya pihak berkuasa perancang tempatan tidak menerima bayaran ansuran dalam tempoh yang ditetapkan, suatu notis pemakluman keingkaran pembayaran secara ansuran hendaklah disampaikan kepada pemohon melalui Borang E Jadual Kedua.